Once you learn to give up, its becomes a habits

kereta idamanku....

kereta idamanku....

Tuesday


Monday

NOVEL AKU; PENGORBANAN SEORANG TEMAN


Assalamualaikum kepada semua teman-teman..NOVEL INI AKU BUAT MENGIKUT FEEL AKU PADA JAM 2 PAGI SEHINGGA SELESAI..silakan baca dengan amati kisah pengorbanan seorang sahabat dan kasih sayang antara keluarga.. {nizar_crew@yahoo.com}[9/02/2010] pukul 2 pagi..

‘’kring2,,kring2’’ bunyi ini selalu mangejutkan aku dari tidur..jam loceng yg dia bagi sebab aku selalu bgun lewat untuk ke sekolah inilah yg memecahkan suasana pagi..huhu tiap pagi itu juga ak selalu termenung sambil memandang sebuah padang yang betul dihadapan balkoni rumah aku..padang ini masih dalam kawasan rumah aku..
Kalau dulu dia sering bersenam kat padang ini especially waktu cuti sekolah..celik saje mata aku terus je bunyi suara dia...ak rasa marah jugak kat dia..ye r waktu cuti camni tido la bru seronok..ak menjerit gak pagi marah kat dia..tapi dia ajuk jek..dia ni pulak cam laki jek..ak kadang2 serabut jgak ngan dia ni..
Tapi tu waktu dulu la..sekarang ni yg tggal air mata aku jek la..mcm jiwang pulak..tapi tu la reality..ni semua kerana kebodohan aku la..argh!!! rasa nak lari jek dari rumah..rumah tu da mcm neraka da bagi ak..kalau boleh ak nak je jd gila..lg senang..x pyah ak igt lagi kisah plg jahanam dalam hidup ak..kalau boleh nak jek ak bnuh ayah ak jgak..
Dulu sbelum kdtgan org gaji umah ak ,,ak mcm xder keluarga la..ak mmg anak tunggal..mak bapak ak sibuk ngat ngan keje dia..bapak aku keje kat laut bhgian maritime..balik pon jrang..mak aku lak jaga butik pakaian ngan salon kecantikan dekat Selangor..rumah ak dulu mmg kat Selangor tapi oleh sebab bapak aku kene tukar ibu pejabat kat perlis jadi ak terpaksa duk kat umah baru..umah ni mmg besar..ak mula pndah mase umur aku 3 tahun..rumah dulu pon ak mmg x igt la..umah baru aku kat Pahang..ak tinggal kat situ sbb mak ngan bapak aku nak adil jd diaorang cari rumah kat phang..jadi snng r diaorg nak balik..
Mula2 mak ak x aktif lagi ngan bisnes dia..jadi sempat jgak la dia jaga ak smpi umo ak 7 tahun..tapi tu pon sibok je dia dgn computer dia..parents ak kadang2 gadoh gak nak jage ak yg sorang ni..tp kadang mesra pulak smpai keluar makan tggal ak sorang2 kat umah..tp xpe r sbb ak da bese da..
Masa umo ak 7 tahun la baru ak dpt merasa kasih dari seorang ibu yg ak nantikan sejak ak mula celik dunia ini..masa tu la orang gaji ak datang..tapi pada mulanyer ak x suke kdtgan mereka sbb ak igt mereka ni same mcm parents ak ..kalau ada mcm xde..baik x yah ade jek kan..huhu..tapi mak mah ni mmg berbeza..dari air muka dia jelas terpancar sinar kasih sayang seorang ibu tunggal..dia juga ada anak..mula2 muka anak dia ni mmg menyampah jugak ak tgok..muka dia manis tp style dia mcam laki..nama dia amira..dialah anak tunggal mak mah..
Mereka tinggal sebelah umah ak jek..tapi masih dalam kawasan rumah ak..rumah ak ni bsar la jgak..ada kwsan yg lapang dan jauh dari kawasan rumah orang..sebab tu ak xde kawan..dekat sekolah pon ak x kawan..ak pegi sekolah lepas tu ak balik..seorang diri je semua..sebab tu la ak datang sekolah sekadar mmnuhi kehendak parents ak jek..keputusan ak mmg teruk gila..mmg pyah da nak adjuz..sbab tu ak selalu jek kene buli kat sekolah..orang selalu jek ejek ak ‘sumi lembab,sumi bodoh,sumi sotong’..ejekan tu dam mcm satu kewajipan yg wajib ak dgar jek kalau pegi sekolah..oh ye ak lupa nak pekenalkan nama ak..ak suhaimi..tp org panggil ak sumi sotong..org cakap ak ni lmbut..pdhal ak ni mcm besa Cuma ak x suke bergaul sbb tu la mcm2 diaorg kutuk..huhu..
Selepas seminggu mak mah dan amira tggal umah ak,, mak ak pulak msti balik Selangor..bapak ak pulak mcm biasa la kena pergi merantau lagi..tapi selepas seminggu itu jugak ak mula merasa hidup berkeluarga..mak mah layan ak mmg baik dan terbaik sekali..ak mmg terharu dgn lemah lembut caranya untuk melayan kerenah ak ni..amira pulak mmg jenis ganas..ak da x keseorangan..kalau pegi sekolah ak selalu je pegi dgn dia..tp ak selalu jek kutuk dia..haha ak xtaw kenapa dengan dia ak rasa mcm seronok jek nak bergaul..tapi kadang2 dia ni serabut jugak la..ak macam layan gitu2 jek r..sbb ak tgok dia ni mcm x brsyukur je ngan hidup dia dan dgn mak mah..kalau mak mah tegur dia ,, dia selalu jek melenting dengan perangai mcam lelaki..kalau la ak jadi dia mesti ak bersyukur mmpyai ibu seperti mak mah..tu la yg ak rasa benci sikit ngan amira..byak jugak r ak benci sebab dia mcm x syg jek mak dia..
Mak mah lak tiap2 pagi jek ketuk pintu bilik ak..kalau tiap2 pagi mesti bunyi ‘suhaimi,,da lewat da, da pukul 7 da, mcm mana nak jadi org yg Berjaya macam bapak’ haha lebih kurang macam tu la cara mak mah kejut ak..haha yg lawaknya baru pkul 6 pagi tapi mak mah da ckp pukul 7 pagi..ak mmg liat nak bangun pagi tapi dgar jek mak mah jerit macam tu terus je ak rase nak marah dan bangun dari tidur..ak jawab lak kat mak mah ‘ ibu, kan saya da cakap jangan lagi sebut bapak saya..saya x nak jadi macam bapak saya..saya nak sayang keluarga saya nanti macam mak mah sayang saya ngan amira..’ tapi ayat yang sama jugak mak mah kejut ak sebab mak mah tahu dengan ayat tu la ak boleh bangun dari tidur..lagipun ak baru jek darjah satu..sama je ngan amira..
Amira lak bangun mmg awal pagi..kalau mak dia nak kejut dia mesti dia marah..amira pulak mcm x syg mak dia tapi kalau mak mah ni masak untuk kitaorang mesti dia macam nak marah..dia ni selalu jek kutuk masakan mak dia..lepas tu dia pulak yang masak..dia ni da la bru darjah satu..mkanan ntah ape2 rase..tp diorang boleh pulak mkan mcam xde msalah je ngan rsasa makanan 2..ak geram jugak ngan perangai dia ni..tapi x pe r sbab tu mak dia kan..ak Cuma tumpang kasih sayang je kan..
Sebulan sekali jek mak ak balik rumah tu pun tinggal 2 atau 3 hari je kat rumah....bapak lagi la 3 bulan kadang2 6 bulan baru balik..lepas tu duk umah seminggu tapi selalu balik lewat malam..tapi kalau parents ak ada pon ak tetap je mnjalani hidup mcm biasa ngan mak mah..
Pagi2 ak terpaksa jlan kaki ngan amira 2..mula2 ak naek basikal pegi sekolah tapi sbb dia ak kne jlan kaki gak pegi sekolah..tapi stamina dia mmg kuat..ak kena tggal je selalu kalau nak pegi sekolah.. ak selalu panggil dia amir jek sebab dia ni macam lelaki an..haha tapi kadang2 dia sepak ak sbb pggil dia ni amir..amir?? amira??? Haha..
Apabila kami di darjah 2..Aku ngan amir atau amira tu satu kelas iaitu kelas 2 taqwa..kat kelas ak x tegur sngat dia sebab dia ni kusyuk sangat belajar..ak ni main2 jek..satu hari masa ak ngan mira kat sekolah, tiba2 jiran ak pggil dari luar..rumah jiran aku ni mmg jauh tapi still jiran ak sbb rumah dialah yang paling dekat ngan rumah ak..ak hairan gak kenapa dia mari kat sekolah ak tapi jumpa ngan amira jek..masa tu cikgu matematik tengah mengajar..jiran ak ni nama dia roslan..orang dekat situ pggil dia cik lan..pelajaran kelas ak tergendala kerana tiba-tiba cik lan ketuk pintu kelas ngan muka cemas..ia cakap nak jumpa amira..amira keluar kelas setelah cikgu anisah izinkan dia untuk berjumpa dgn cik lan..cikgu anisah meneruskan pengajarannya tapi masa tu ak da x beri tumpuan walaupun 10% kerana semua tumpuan ak beri di koridor tempat amira ngan cik lan bincangkan..ak hairan..muka cik lan penuh gelisah di tepi pintu sambil amira berada di tepi tong sampah..seribu tanda Tanya bermain di kepala ak yg benak ini..tiba-tiba aku berasa gerun kerana bulu roma aku naik seperti ak berada di salji kutub utara apabila aku lihat titisan air mata yg ku kira emas kerana sejak ak mngenali amira dia tdak pernah dan amat bebal untuk mengalir air mata..titisan demi titisan itu membuatkan ak buntu dan gelisah untuk mengetahui alasan air mata amira mengalir..dengan x semenenya amira kembali di tempat duduknya sambil mengesat air mata..inkuiri atau smgat ingin tahu ak smkin mninggi bagai air terjun mengalir songsang ke atas..huhu dengan saat yang singkat amira kemas beg sekolahnya ..lantas dia menarik tangan ak dan meminta izin cikgu untuk keluar kelas..ak diheret sehingga ke kereta persona cik lan..cik lan memulakan perjalanan apabila kami sudah sdia naik..ak masih buntu dalam kenderaan cik lan sambil amira menangis teresak-esak..
Tibanya ak di rumah, keadaan seperti biasa Cuma kelihatan kereta proton saga di tepi pokok limau..kebetulan ak rasa seperti ingin buang air besar..terus sahaja ak buka pintu kereta milik cik lan itu untuk mendapatkan tandas tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling..setelah itu barulah ak keluar dari tandas untuk mngetahui sebab kenapa amira menangis..tidak sempat ak keluar ke ruang tamu ak juga melihat seorang pemuda yang berpakaian putih turut menangis..mereka berbincang sesuatu..ak mengambil keputusan untuk curi dengar..aku terus tunduk di bawah meja makan 10 dudukan..
‘’boooo0M’’ jantung ku seperti hendak meletup ak rasa apabila ku dengar ‘‘jangan la bersedih amira, cik lan sebenarnya jumpa dia tengah terbaring di tepi jalan..masa 2 dia baru lepas pulang dari pasar beli makanan mungkin untuk masak nanti..cik lan xtao nak bawak ke mana kebetolan terjumpa doktor nizar..erm saya rasa lebih baik doctor terangkan perkara sbnarnya kepada anak ini’’ kata cik lan yg penuh sebak.. ‘’amira ,,huh..sebenarnya mak mah telah pergi untuk selama-lamanya kerana menghidap penyakit jantung yang serius, sepatutnya mak mah terus berehat kerana pergerakannya akan menyebabkan pernafasannya menjadi sukar..ini mengakibatkan pernafasannya terhenti beberapa minit dan mmbawa kepada kematiaan’’ doctor nizar memberi penerangan yg nadanya begitu sayup sejurus cik lan..
Apa yg lbih mydihkan lg apabila amira seolah-olah seperti mengadu nasibnya kepada cik lan dan doctor ‘’ itulah doctor,,mak saya begitu degil..saya sudah memberi amaran kepadanya supaya tidak melakukan kerja2 berat tapi dia terlalu sayangkan saya dan suhaimi daripada dirinya..abis mcmaner nak kbumikan mak saya encik..tolonglah saya.. ‘’ aduan amira menangis dengan penuh perasaan..ak mula tersentak..selama ini aku sangkakan amira tidak sayangkan ibunya..tapi itu semua adlah satu kesilapan yg amat besar dan memakan diriku..patutlah amira selalu memarahi ibunya apabila ibunya membuat kerja walau kejutnya dari tidur..tapi ak seolah terlalu membebankan mak mah..argh!!! kenapa ini terjadi pada aku..org yg ak baru merasa kasih sayang telah pergi..aku bersalah pada amira..amira adalah anak yang baik..dia sanggup masak walaupun masakannya hanya tawar dan tidak sedap..itulah pengorbanan yang ak rasa begitu besar apabila budak darjah satu terpaksa masak sendiri walaupun tidak pernah masak hanya untuk menjaga ibunya yg tercinta..mengapa ak telah hancurkan..
mak mah telah selesai dikebumikan bantuan dari cik lan dan doctor nizar..mak ak terlalu kesal dengan kejadian itu dan kerana nasib mak aku juga seperti amira yang kehilangan ibubapa sejak kecil lagi..mak aku sudah tidak bekerja lagi..katanya nak menjaga kami sehingga kami boleh berdikari..
amira seorang wanita yang tabah..setelah dari peristiwa pahit itu aku dengan amira mula rapat seperti keluarga aku..aku mula ke sekolah dengan kejutannya yang amat dasyat..dia kejut aku dari tidur kadang2 menggunakkan sebaldi air..kadang2 ak masih liat untuk bangun dari tidur..lantas dia cucuk kaki ak dengan jarum..haha sememangnya cara mak mah dan amira begitu berbeza..tapi mereka tetap mempunyai sikap penyayang yang sama yang begitu sukar untuk dicari kasih sayang mereka..mungkin seribu lautan masih tidak jumpa mutiara yang paling berharga iaitu mutiara kasih sayang..
hari makin hari berlalu ak sudah dapat melupakan mak mah..tapi ini tidak bermaksud ak melupakan mak mah Cuma ak dapat melupakan nostalgia bersama nhya dan mengurangkan kesedihan yang ak alami secra terus menerus..mungki betul kata orang,, ada hikmah di sebaliknya..sejak itu juga aku sudah mula rapat dengan amira dan yang paling penting ibuku ini sudah mula berusaha untuk menjaga ak dengan amira..bapaku masih dengan kerjayanya..
masa setiap hari menjadi berharga buatku..tiap-tiap hari aku menghabiskan masa bersama amira dan ibuku..waktu pagi ak pergi sekolah dengannya..kemudian ak pulang dan terus bersiap untuk menyiapkan kerja sekolah bersamanya..dia seorang yang pandai walaupun kadang-kadang dia sering bergaduh dengan budak sekolah..datuknya dulu pernah mengajarnya tomoi..haha mungkin pada waktu amira masih kecil lagi naluri lelaki nya sudah ada..tiap-tiap hari juga dia jumpa cikgu displin sebab begaduh..haha waktu petang la baru aku mula belajar..masa dalam kelas aku tak belajar mana pon sebab tumpuan ak dalam kelas memang kurang..lagipun cikgu sering pandang rendah pada aku..kami selalu belajar di pondok buruk yang amira buat betul-betul tepi pokok limau..
setelah menjelang petang kami terus bermain..amira suka memancing..kadang-kadang kami memancing sampai maghrib..joran semua amira yang buat..waktu itu adalah kali pertama ak masuk hutan untuk cari batang kayu yang sesuai buat joran..tali tangsi pulak kami curi jek kat kedai pak abu..aku mmg x berani buat kerja gila ni..tapi amira macam da bias je wat kerja ni..haha mungkin dulu aktiviti ini jadi hobi..aku kadangt suruh je dia beli tali tangsi tu tapi dia x pernah pun nak amik duit kalau aku bagi..ye la ak senang je..kalau nak duit beri tahu je bapak or mak aku..semua boleh settle..tapi dia ni tak pulak x pernah nak amik kesempatan terhadap aku..itulah yang aku seronok bersama dia..
kadang-kadang kami selalu pergi pantai..haha kami mandi pantai bersama-sama..lepas mandi je kami lepak atas batu..kebetulan pada suatu hari yang senja kami lepak sama2 atas batu tu..dan pada waktu itu lah kami berjanji untuk bersama-sama dan tidak akan terpisah walau apa pun halangan..selepas kami berjanji,, amira dengan perangainya yang lucu membawa pen marker biru.. haha rupanya dia buat seperti perjanjian di atas batu.. ayat yang dia tulis ialah ‘’sumi sotong dan amir amira berjanji selalu bersama..25 JUN 2001..’’ ak menurunkan tanda tangan aku sejurus selepas itu dan amira juga turut menanda tangan..saksi kami ialah kulit siput yang cantik yang kami jumpa..mula-mula kami berebut tapi amira nekad untuk menjadi saksi perjanjian kami..selpas itu amira tutup dengan plastic supaya kulit siput itu tidak terbang dan warna pen marker itu tidak hilang..bermula itu juga aku meminta kepada amira untuk tidak mencuri lagi tali tangsi..haha ak sudah pun berjanji untuk kongsi wang saku bersama amira..dia seolah kali pertama setuju dengan idea aku..
suatu hari iaitu pada 28 ogos 2002 satu peristiwa yang paling paling paling penting dan bermakna dalam hidupku..aku kira itulah kali pertama ak dihargai..pada waktu itu ialah hari jadi aku..dan pada hari itulah kali pertama aku sedar itu adalah tarikh aku dilahirkan..kali pertama juga ak mendapat hadiah di hari jadi aku..entah kenapa tiba-tiba amira memberikan aku hadiah..katanya itu adalah wang saku yang dia kumpul..hadiah dia memang tak mahal..hanya sekotak patung Barbie..haha memang lawak aku rasa sbab mcm mana dia terfikir nak bagi aku hadiah patung Barbie tu..haha dia cakap ak ni kan lembut jadi sesuai la dengan jiwa aku walaupun pada dasarnya memang dia nak kenakan ak..tapi hakikatnya ak menghargai hadiah itu seperti aku mempunyai adik perempuan yang bernama Barbie..ak menjaga hadiah itu supaya tidak hilang dari aku..aku amat menghargai patung Barbie ini kerana inilah hadiah yang pertama aku dapat di hadiah hari jadi aku dan juga kerana hari itulah aku baru sedar aku dilahirkan..tapi aku hairan mcm mana aku tidak pulak tahu bila amira dilahirkan..kadang-kadang ak selalu jugak main-main Tanya bila dia dilahirkan..tapi dia tetap suka dan hanya berdiam diri..aku tidak memaksanya kerana aku pernah dengar mak mah cakap kat mak aku yang amira ini adalah anak angkat..fuhh betapa besar penderitaannya tapi ak lihat mukanya seperti tidak ada masalah..ya mmg amira orang yang tabah..
setelah beberapa lama,, kami sudah naik ke darjah enam..ibuku masih menjaga aku lagi..kami menduduki perperiksaan UPSR pada tahun 2004..sejak itu amira mula tekan aku untuk belajar..sekarang aku boleh belajar dan sekolah dengan aman dan tidak dibuli kerana amira sering menjaga aku..dia juga sering mendapat amaran oleh guru displin gara-gara untuk protect aku..haha kadang-kadang aku rasa macam terbalik jek..tapi semua ini jelas dengan kehadiran dia mewarnai bibik2 ak menjalani hidup..kami tekun belajar untuk menghadapi perperiksaan dan kami juga ada berjanji untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan sambung belajar di asrama penuh bersama-sama..haha aku pernah memberi cadangan kepada amira untuk menceroboh bilik perperiksaan kerana ak sudah banyak ketinggalan..tapi amira terus saje menekan aku untuk terus belajar..katanya kejayaan kita bukanlah keputusan yang diperoleh cemerlang tapi kejayaan itu adalah sejauh mana kita dapat berubah menjadi yang lebih baik..itulah kejayaan ..nasihat yang ku kira bermakna bagi aku..
pada suatu hari juga semasa kami di darjah enam, ada satu peristiwa telah berlaku..bilik kebal atau tempat menyimpan soalan pecubaan UPSR telah diceroboh..satu soalan telah hilang..pada itu jugalah ak telah ditangkap untuk berjumpa pengetua dan ketua pangawas peperiksaan..aku dituduh kerana ada pelajar membuat aduan aku pernah lalu di depan bilik itu..bukti itu menjadi kukuh apabila soalan perperiksaan yg sekeping itu berada di bawah meja ak..semua orang juga menuduh aku..ak ditahan dari meneruskan persekolahan seminggu..semua orang juga telah menggelar aku ni penjenayah sekolah..tapi perkara ini mmg bukan dari aku..aku mmg pernah berniat untuk ke bilik itu tapi itu hanyalah gurauan bodoh saje..aku tahu aku telah dikianat oleh rakan aku tapi semua telah mengatakan ak yang salah..padahal aku tidak pernah pun masuk ke bilik itu..aku tahu semua bukti yg kukuh yang telah dilemparkan kepada aku sudah memadai aku untu berdiam diri..sejurus itu, aku mula hendak menjauhi amira..selama seminggu aku tidak keluar rumah..ak tahu amira pasti marah dan tidak percaya aku lagi..ak tahu sudah pasti amira tidak ingin berkawan dengan ak..
pada hari yang ketujuh ak digantung amira tidak pergi ke sekolah kerana alasan dia sendiri..aku tidak keluar rumah tapi amira seolah-olah tidak pun dating pada aku dan memujuk aku..padahal ak yg mnjauhi amira..tapi pada pagi itu amira bersenam di depan balkoni rumah aku..dia menjerit nama aku pagi-pagi buta untuk bersenam sekali..tapi ak hanya mengeraskan diri ak saja..amira memekak pada pagi itu sambil pasang radio dengan volume yang paling kuat..aku tidak dapat meneruskan tidur aku yang terganggu itu..lantas aku turun ke bawah untuk mendapatkan amira..
aku cakap kat amira ‘’weh amir!!! Memekak pagi buta ni..ak ni nak tidur,, penceroboh macam aku ni da la tak tidur malam sebab nak ceroboh bilik sial tu’’ dengan nada yang marah ak mnjerit kat amira..tapi amira dengan selumber menjawab ‘’haha sumi2, ka mmg la sotong..ka ingat ak percaya org lembut macam ka ni ceroboh bilik sial tu..haha..ak tahu ni mesti kerja orang lain..ak minta maaf la sebab kali ni aku tidak dapat protect ka sebab penceroboh tu terlalu licik..’’..aku terkejut besar apabila mendengar keluhan amira..aku rasa mcam nak jatuh jantung aku..aku tak sangka amira begitu percayakan aku..aku x sangka amira yang aku sangka akan kehilangan itu masih menjadi penyelamat aku..amira2..begitu setianya kau berkawan dengan aku..sehingga bukti jelas aku yang ceroboh tapi ka masih mempercayai aku..aku bersyukur ya ALLAH kerana telah bertemu dengan amira…oleh kerana itu semua orang telah menuduh aku yang ceroboh bilik itu termasuk ibuku sendiri kecuali amira seorang yang sentiasa disisi aku..
pada keesokan hari aku pergi ke sekolah seperti biasa bersama amira..seperti biasa orang yang sama telah memerli aku..tiap-tiap pagi ak dan amira akan dengar ‘sumi penjenayah,mira pak sanggup’..ayat ini sudah menjadi buah mulut pelajar sekolah itu..amira jug sudah tidak mampu untuk berlawan kerana dia sudah mempunyai amaran yang terakhir setelah memukul orang yang menuduh aku semasa aku ditahan sekolah..
setelah itu, aku sudah menduduki pepriksaan UPSR..dan keputusan telah pun keluar pada hujung November..aku memperoleh keputusan 2A dan 3B , sementara itu amira mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A..disebabkan itu amira sahajalah yang layak memohon untuk ke asrama penuh..tetapi amira tidak berminat untuk pergi ke sana tanpa aku..oleh itu kami meneruskan persekolahan di sekolah harian biasa.
Sehinggalah kami di sekolah menengah..ak berada di kelas belakang kelas amira..dia menjadi best student di sekolah itu..tapi seperti biasa perangainya yang seperti ala tomboy menyebabkan kehairanan kepada pelajar dan guru2 sehingga ada yang mengatakan amira tiru dalam perperiksaan..tapi aku percaya semua ini adalah usaha amira yang sebenarnya kerana ak percayakan amira..sejak dari itu aku percayakan amira sehingga kepercayaan aku telah ak mungkiri..aku telah melakukan perkara yang paling bodoh dalam hidup aku..aku telah melupakan kepercayaan dia pada aku..sehinggalah perkara hitam ini berlaku..peristiwa yang membuatkan aku nak bunuh diri..
Peristiwa ini berlaku pada 19 julai 2007..pada waktu itu aku dan amira berada di tingkatan tiga dan akan menduduki PMR..pada waktu itu ayahku pulang ke rumah selama seminggu..waktu itu ayahku baru pulang dari Uruguay..ayah aku pulang dengan membawa wang yang banyak kerana telah merantau di beberapa buah Negara..Dan pada waktu itulah wang yang ayah aku membawa pulang masih belum dimasukkan ke dalam bank kerana ayahku masih kira untuk membayar deposit bangunan syarikat baru ayahku di Perlis..Kebetulan pada waktu itu juga amira mempunyai masalah hutang yang banyak..hutang itu adalah dari arwah bapak angkatnya..amira tidak pernah memberitahu kepada aku..aku tahu pun kerana aku pernah dengar mak mah memberitahu ibuku yang suaminya pernah berhutang dan sudah pasti orang itu akan mencari amira dan sudah ku temu orang yang mengugut amira..sehingga mereka mengatakan amira ini boleh menjadi tebusan hutang itu..amat mengerikan orang itu..aku bercadang untuk membawa cerita ini kepada ibuku..tapi x sempat ak beritahu ibuku tiba-tiba ayahku menjerit..dia mengatakan wang dia telah hilang..dia beritahu aku supaya menjauhi amira kerana ayahku mengatakan yang amira telah mengambil duit aku sebanyak 25 ribu ringgit..bagi aku itu adalah satu jumlah yang begitu besar bagi aku yang baru di tingkatan tiga..ibuku pada mulanya tak percaya apatah lagi aku yang mempercayainya seratus peratus..tapi terbeliak biji mata aku apabila ayahku cuba membuktikan pada aku cctv yang berada di bilik ayah jelas menunjukkan amira telah masuk ke bilik ayahnya dan mengambil duit itu..aku begitu tidak sangka sanggup amira melakukan semua ini..kebetulan pada masa itu amira telah keluar tanpa pengetahuan aku..mungkin untuk berjumpa orang yang telah member hutang..
Sejurus selepas itu amira pulang dengan wajah gembira seperti biasa.. ayahku dan ibuku telah memarahi dan menuduh amira dan pada waktu itu ku lihat amira seolah-olah memandang aku untuk mengharapkan kepercayaan daripada aku..tapi setelah ku lihat bukti cctv itu aku terus memberitahu amir dengan nada yang penuh hampa dan mengharapkan amira akan bertaubat ‘’amira,, maafkan aku amira..ak tahu kau adalah orang yang susah dan miskin..tapi ini bukan alasan untuk kau melakukan perkara ini..aku sudahpun mengetahui segalanya yang kau ni hanya anak angkat mak mah..tapi kau telah melakukan kesilapan yang besar sehingga aku menyesal memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kau..sanggup kau mencuri wang ayahku..betul la kata org kalau da dari kecil mencuri walau hanya tali tangsi tidak mustahil apbila besar mencuri wang beribu-ribu..bertaubatlah amira’’itulah kata yang aku x sangka macam mana boleh terkeluar dari mulut aku..aku tahu dengan kata-kata aku ini sudah pasti akan menyakiti hati amira tapi aku hanya berniat untuk memberi keinsafan kepada amira..dengan nada yang keras amira menjerit ‘sudah’..dengan tidak semenanya ayahku menampar nadia dan mengatakan perbuatan itu adalah kurang ajar..amira menangis buat kali kedua dihadapan aku dan terus masuk ke biliknya..
Sejak pagi itu aku merasakan serba x kena dalam hidup aku dan seperti tiada mood satu hari berlaku peristiwa itu..aku terus terperap dalam bilik dan kesal dengan perbuatan amira itu..kebetulan esoknya hari cuti..amira sudah tidak lagi kejut aku..aku rasa seperti bersalah padanya..lantas aku segera ke biliknya..aku ingin meminta maaf kepadanya kerana aku tahu ek tak sepatutnya bercakap demikian..tapi malangnya biliknya sudah dikemas..aku sedikit kehairanan kerana amira jarang mengemas bilik tidurnya..aku segera mendapatkan ibuku untuk mengetahui perkra apa yang telah terjadi sebenarnya..terkejut aku mendengarnya apabila ibuku memberitahuku ‘’kau mencari amira..budak pencuri itu?? Aku dan ayahmu sudah pun halaunya semalam..mengapakah kau masih mencarinya?? Dia akan membawa masalah kepada keluarga kita sehingga ayahmu kehilangan syarikat..jadi elok kita usir dia dari keluarga kita..’’ ..aku berasa terkedu mendengarnya..aku tdk tahu adakah ubuku betul atau salah..
Sudah bermula hari keesokannya..sekali lagi aku bangun lewat dan tak tidak ada mood untuk ke sekolah..ibuku tidak menghiraukan aku..aku mencari amira di biliknya dan mengharapkan dia masih berada disitu..tapi ak lupa yang ayah dan ibuku sudah menghalau amira..keesokan pula aku bangun lewat dan tidak ke sekolah lagi..kali ini ak terus ke depan balkoni untuk melihat amira yang sedang bersenam tapi sekali lagi aku lupa yang amira sudah pun dihalau..hari demi hari berlalu..sehingga kadang-kadang aku Nampak baying-bayang amira tapi itu Cuma ilusi..ku aakui hidup aku kosong tanpanya..setelah seminggu aku nekad untuk melupakannya dan sentiasa ingat perbuatannya jahatnya supaya aku lebih mudah untuk lupakannya..
Tapi 2 hari selepas itu doctor nizar telah datang kepada aku menaiki BMW M6 yang baru dan membawa sebuah kotak..kotak itu datang daripada amira..dalam kotak itu mengandungi jam loceng dan surat butiran yang menunjukkan amira telah dirogol..ak anggapkan itu adalah kerja orang yang memberinya aku hutang..tapi aku silap setelah dalam kotak itu ada sepucuk surat..aku cuba membuka surat itu..terdapat duit sebanyak 3 ratus ringgit..dan aku mula membaca surat itu..kandungan surat itu amat menyayukan:;
‘’ assalamualaikum sumi sotong..wassup bro..!!
Aku mintak maaf la aku pergi tanpa pengetahuan ka..tapi kalau kau tahu pun aku rasa itu x bermakna..lagipon mak dan ayah kau sudah halau aku.. tp x pe la..aku Cuma nak ucap terima kasih kat ka kerana sudi selama ini menjadi teman aku..aku tahu kau ni mmg org yg lembab..itu yang membuatkan ak mudah untuk berkawan dengan ka..tp kelembaban ka da menghancurkan segalanya..apa-apa pun aku gembira kerana dapat berkenalan dengan ka..”thankz for being my friendz”..
Aku tahu ka mesti percaya seratus peratus yang aku telah ambil duit ayah ka yg 25 ribu tu..aku tidak mengharapkan apa2 yg besar dari ka Cuma ak berharap sangat ka akan percaya yang aku tidak melakukan perkara itu..sebenarnya ayahkau adalah setan..cctv tu mmg benar muka aku tapi itu adalah perancangan daripada ayah ka..sebetolnya ayah ka telah merogol aku semasa dia pulang lewat malam semasa berjumpa dengan rakannya..oleh itu dia suruh aku menyimpan rahsia ini..tapi aku enggan dan nekad untuk beritahu ka..sekali lagi org yg ka Nampak macam ceti itulah yang ugut ak..dia cakap kalau ada org tahu selain aku dia nak bunuh orang itu..aku takut orang itu bunuh ka dan aku mengambil keputusan untuk smpan rahsia..tapi aku sudah tidak tahan lagi dengan setan ayah ka..dia suruh aku ambil duitnya di dalam bilik dan sambil pasang cctv dan sekali lagi aku telah dirogol oleh ayah ka..kali ini dia merakamkan aksi sial itu..disini aku telah sertakan surat sah yang aku dirogol oleh ayah kau..terpulang kepada kau untuk mempercayai atau tidak..tapi aku harap kau jangan guna kelembaban ka untuk menilai perkara ini..aku akan sentiasa mempercayai kau..
Duit ini pula adalah duit yang ka beri aku daripada wang saku ka yang kita bahagi bersama..tapi aku tidak pernah menggunakan duit ini sebab aku nak belikan satu hadiah yang lebih berharga pada patung Barbie itu untuk hari jadi ka menjelang ogos ini..tapi aku rasa sudah tidak sempat lagi..aku sudah berjanji aku tidak akan pulang lagi ke rumah itu..aku sedang mencari ayah kandung ku..aku terpaksa pulang duit ini kepada ka..aku tidak mengharapkan ini semua..aku harapkan kepercayaan ka..
Selamat tinggal suhaimi..aku akan sentiasa mengingati mu..selamat tinggal untuk selamanya..sebelum aku lupa aku juga sudah beli jam loceng untuk kau..kau amikklah jam loceng ini untuk gantikan aku mengejut ka untuk ke sekolah..ak sudahpun berhenti sekolah..aku ingat nak jumpa kau sebelum aku tinggalkan Pahang tapi kau tidak datang ke sekolah..nasib baek doctor nizar ada..dialah yang uruskan perjalanan aku..
Selamat tinggal….
Sahabatmu,
AMIRA’’’

Begitulah kandungan surat yang betul-betul membuatkan aku ingin bunuh diri..aku lupa yang amira selalu percayakan aku walaupun sudah ada bukti aku yang salah..dia mmg seorang kawan yang paling setia..tapi mengapa dia tinggalkan kan aku..aku mmg bodoh..aku x dapat nilai yang mana betul dan yang mana salah..ARGHHHH!!
Aku x tahu macam mana lagi aku nak gambarkan perasaan aku sekarang..ak menanti dia sudah 15 tahun..aku menanti dia seolah-olah aku menanti perkara yang tak pasti..ayah aku sekarang sudah bercerai dengan mak aku kerana ayahku sering membawa perempuan lain pulang ke rumah..hidup aku dah terumbang-ambing..bagai layang-layang terputus tali..
Perasaan kesal masih bermain di jiwa aku..betapa menderitanya amira tanggung..mungkin di depan aku hanya 2 kali dia menangis tapi dia sering menangis hampir tiap-tiap malam dibiliknya..ibuku yang selalu mendengar tangisan amira kerana biliknya berhampiran dengan stor barang2 ibuku..ibuku pun sungguh kesal dengan peristiwa ini..
Sekarang sudah hampir 15 tahun aku menunggunya..tapi sebarang berita aku tidak jumpa..ak selalu pergi atas batu dimana perjanjian yang telah kami lakukan..tak sangka perjanjian itu masih boleh dibaca..aku akan menangis setiap kali aku berada diatas batu itu..kembalilah AMIRA!!!!
Aku juga akan menangis apabila aku hayati lagu ini….:;

Belaian Jiwa

Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Design by;
MOHAMAD NIZAR BIN MOHAMED ZUKRI

welcome

'' my life style''
 

Get The Bloody Me!!! This Template is Designed by nizar_crew © 2010